Falsafah Kita

Kebanyakan syarikat hari ini memberi tumpuan hanya kepada keuntungan sahaja dan berapa banyak mereka memperolehi setiap tahun. Walaupun keuntungan adalah penting untuk mengekalkan sebuah organisasi, tetapi ini bukanlah yang paling penting untuk kita. Dari awal kita hanya pentingankan nilai seseorang. Matlamat kita adalah untuk menanamkan nilai-nilai Hidup, Belajar, Cinta (Live, Learn, Love); untuk membantu semua mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Dari pergerakan yang terkecil kepada keputusan terbesar yang kita buat di HDI setiap hari, kita berusaha untuk mencapai perkara yang hebat bersama dengan rakan-rakan melalui tindakan yang menjadi inspirasi kepada semua.


Visi Kita

Mengilhamkan dunia di mana orang hidup, belajar, cinta yang melebihi diri mereka sendiri.

Kita ingin membina komuniti yang dapat hidup, belajar dan tidak hanya untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk manusia sebagai satu spesies, dan menjadikan komuniti ini sebagai sumber inspirasi supaya mengubah cara orang lain berfikir tentang diri mereka sendiri. Jika kita benar-benar mengambil berat tentang generasi yang akan datang, maka inilah satu-satunya cara anak-anak kita akan mempunyai masa depan yang lebih baik.

Misi Kita

Perniagaan kita adalah untuk memberi pembelajaran dan juga inspirasi kepada orang ramai untuk memperbaiki diri dan masyarakat mereka.

Perniagaan kita dijalankan terutamanya untuk membantu orang berkembang dan bertambah baik. Selalunya, kita melihat orang menamatkan pendidikan formal mereka dan mendapatkan pekerjaan di syarikat yang menawarkan sedikit dari segi membantu mereka memperbaiki diri mereka. Mereka akhirnya tidak berubah dalam keupayaan dan pemikiran. Walau bagaimanapun, kita berfikir bahawa jika dapat membantu orang ramai mengembangkan perniagaan kita, mereka juga boleh membantu perniagaan kita berkembang. Ini adalah kelebihan untuk kedua-dua pihak.


Matlamat Kita

Kita membantu untuk memberikan peluang, kesihatan dan bimbingan kepada sesiapa yang inginkan kehidupan yang baik.

Kita percaya bahawa sesiapa pun tidak kira kaum, agama atau latar belakang yang inginkan kehidupan yang lebih baik, mestilah mendapatkan peluang yang sama bagi mereka. Apabila HDI bermula, tagline kita adalah “Perniagaan Membantu Orang” kerana kita berasa kalau bisness kita dapat membantu orang, orang akan membantu kita balik. Inilah sebabnya kita menganggap ini sebagai matlamat kita.

Penilaian Kita

Hidup

Kami akan memberi keutamaan kepada semangat kami yang ingin menjalani kehidupan seharian yang jujur dan berintegriti. Kami mengutamakan kesihatan, keluarga dan hubungan mesra dengan keluarga dan orang kesayangan kami kerana kami memahami bahawa hidup bukan hanya memperoleh sesuatu; Hidup adalah tentang membuat perbezaan di dunia ini.

Belajar

Pelajaran membuatkan kita bersemangat dan bermotivasi. Kami mencabar diri untuk berfikir dengan lebih baik, melakukan sesuatu dengan cara yang lebih sesuai pada setiap hari. Pemikiran semacam ini membolehkan kami bereksperimen dan meningkatkan usaha kami untuk berterus menambah baik di organisasi ini.

Cinta

Kami memilih untuk mencintai diri sendiri dan orang di sekeliling kita ataupun orang yang di luar kalangan kami. Cinta boleh mengikat kami sebagai satu keluarga dan ini menjadi lebih mudah apabila kita bekerja dan bermain pada masa yang sama. Satu pelukan yang mesra boleh memberitahu seseorang bahawa dia dihargai dan disayangi.

Berkembang

Berterusan dengan Live to Learn, Learn to Love and Love to Live - (Hidup untuk Belajar, Belajar Untuk Cinta dan Cinta Untuk Hidup)- kami berkembang untuk menjadi lebih baik. Melalui tindakan, moral dan nilai-nilai, kami mahu memberi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling kita untuk hidup, belajar dan cinta di luar diri mereka.


Warisan Kita

Kita bekerja keras hari ini untuk membina asas yang betul supaya anak-anak kita akan mewarisinya pada masa depan. Kita tidak akan tahu bagaimankah masa depan kita, tetapi anak-anak kita mestilah memiliki nilai moral yang kuat, tahap kesedaran diri yang tinggi, semangat untuk hidup dan keupayaan untuk berkembang, bagi kita adalah satu pendorong yang berharga.


Sebagai seorang penjaga insitusi, kita bekerja keras dengan matlamat supaya ibu bapa dan anak-anak dapat bermain di samping bekerja dalam satu organisasi. Ini adalah penting bagi satu bisness keluarga yang sejati di mana tanggungjawabnya adalah meneruskan semangat ini kepada generasi yang ingin menerima falsafah dan nilai kita.