Pemasaran Rangkaian Sosial

HDI adalah organisasi pemasaran rangkaian sosial yang memberikan peluang kepada individu untuk belajar dan mengembangkan kemahiran keusahawanan menerusi pelbagai jenis nutrisi, penjagaan kulit, penjagaan diri dan produk penjagaan rumah berasaskan lebah yang premium. Perniagaan HDI direka dengan matlamat untuk menolong masyarakat dengan memberikan mereka kemahiran hidup, menyokong inisiatif pendidikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.


Apakah Pemasaran Rangkaian Sosial?


Pemasaran Rangkaian Sosial adalah platform pengedaran dari pengguna-kepada-pengguna berdasarkan gabungan hubungan rujukan dan jualan langsung. Ia memberikan individu kesempatan untuk memperbaiki diri sendiri dan memberi manfaat kepada komuniti mereka pada masa yang sama.


Perbezaan HDI


Kami memberi tumpuan kepada "aspek sosial" dalam komuniti - kami ingin setiap orang diberikan pemberdayaan, diiktiraf dan disayangi. Sama ada Enterpriser yang memilih untuk menjadi pengguna atau memasarkan produk kami dengan secara agresif untuk mengejar matlamat perniagaan mereka. Terdapat sesuatu tempat untuk anda di HDI.


Enterpriser HDI


Secara tradisinya, individu yang menjadi sebahagian daripada model perniagaan ini dikenali sebagai pengedar. Di HDI bagaimanapun, mereka tidak hanya mengedarkan, mereka diiktiraf sebagai ENTERPRISER - untuk semangat keusahawanan mereka, semangat dan keupayaan untuk mewujudkan peluang.