Konsep Semula jadi, Falsafah Penggunaan Secara Saintifik (ANSA)

Untuk memantapkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam industri makanan tambahan dan industri penjagaan kesihatan berasaskan lebah, HDI mengamalkan falsafah ANSA yang menegaskan dan menjamin bahawa produknya adalah "Konsep Semula jadi, dan Penggunaan Secara Saintifik". Daripada menggunakan ubat sintetik untuk memberikan kelegaan sementara untuk penyakit, semua suplemen semula jadi HDI dapat meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyembuhkan dan memperbaharui diri sendiri, mengakibatkan manfaat jangka panjang.


Produk Lebah : "Makanan Yang Paling Sempurna Di Alam Semula Jadi"


Selama 24 tahun, HDI telah melakukan penyelidikan mengenai bahan semula jadi yang berlainan, dengan tumpuan utama pada produk lebah. Kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan nutrien yang penting, produk lebah adalah semula jadi dan mudah dicerna oleh tubuh manusia. Sokongan dari komuniti perubatan yang pernah ragu-ragu semakin berkembang. Doktor, saintis dan profesor di seluruh dunia telah menjalankan kajian klinikal tentang manfaat produk lebah. Yang menariknya, sehingga kini, para saintis masih tidak dapat mengenal pasti semua komponen dari pelbagai produk lebah dan oleh itu tidak dapat menghasilkannya secara alamiah.


Penggunaan Secara Saintifik untuk Manfaat Anda


HDI adalah salah satu dari beberapa syarikat di dunia yang telah melakukan ujian klinikal berdasarkan suplemen lebah semula jadi. Digunakan secara saintifik, produk HDI dapat mencergaskan, menambah dan memulihkan semula sel-sel dalam badan anda untuk memberikan peluang untuk bukan sahaja menyembuhkan tetapi juga memperbaharui.